KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Pemeteraian perjanjian langganan saham (SSA) antara Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan dimuktamadkan pada masa terdekat, kata Digital Nasional Bhd (DNB).

Walaupun SSA itu sudah dimuktamadkan dan sudah tersedia untuk dimeterai oleh enam MNO pada 30 Ogos, 2022 MNO mengubah keputusannya pada saat akhir, katanya.

“Satu daripada dua MNO ini membuat keputusan untuk tidak mengambil pegangan ekuiti dalam DNB manakala satu lagi MNO tidak memberi kata putus),” kata DNB dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Justeru itu semakan terhadap dokumen urus niaga (SSA dan perjanjian pemegang saham) perlu dibuat bagi empat MNO yang masih terlibat bagi mereka memperolehi kelulusan dalaman daripada syarikat masing-masing.

Proses penyertaan ekuiti tersebut akan diteruskan bersama dengan empat MNO yang masih berminat untuk memegang ekuiti dalam DNB.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai Perjanjian Akses 5G berjalan secara berasingan dengan kesemua enam MNO.

DNB komited untuk memastikan pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G diteruskan,” katanya.

Setakat ini, liputan 5G telah melebihi 30 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan DNB berada pada landasan yang betul bagi mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024.

Enam MNO adalah Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.

Menurut laporan media, Maxis dan U Mobile tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here