NEW DELHI, 26 Sept – Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada malam Rabu, manakala sekolah-sekolah ditutup pada Khamis.

Penumpang terkandas di beberapa stesen kereta api manakala beberapa jalan raya ditenggelami air selepas hujan melebihi 100 milimeter (mm) direkodkan dalam tempoh lima jam pada petang Rabu.

“Kami menggesa penumpang agar kekal berada di dalam kereta api kerana ia lebih selamat. Kereta api akan meneruskan perjalanan apabila air surut,” menurut kenyataan perkhidmatan kereta api.

Sementara itu, IndiGo dan Air India memaklumkan bahawa hujan menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Mumbai.

Perbadanan perbandaran memaklumkan semua sekolah dan kolej akan ditutup pada Khamis berikutan amaran hujan berterusan daripada jabatan cuaca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here