Kawan kawan sekalian, sempena menyambut perayaan ulang tahun ke-75 Republik Rakyat China, kami dengan ikhlas mengajak anda mengambil bahagian dalam aktiviti yang bertemakan “Ceritaku dengan China”. 

Tempoh masa 75 tahun yang lalu telah menyaksikan berlakunya perubahan drastik dan kemajuan besar di wilayah China yang pernah terperangkap dalam kancah penderitaan, misalnya ratusan juta orang berjaya membebaskan diri daripada cengkaman kemiskinan mutlak, “tiga jenis produk utama” dalam perdagangan luar China, iaitu kenderaan elektrik, bateri litium dan produk fotovoltaik terserlah di persada dunia, dan permainan video ‘Black Myth: Wukong’ yang menjadi viral baru-baru ini turut mencetuskan ledakan mengenai estetika ala China. 

Anda mungkin pernah melancong, melanjutkan pembelajaran, bekerja atau menghuni di China. Jika tidak pernah datang ke sini, anda mungkin pernah menggunakan produk China dan berharap nanti berpeluang menjejak kaki ke tanah China untuk mendapat pendedahan tentang sejarah dan budaya serta pencapaian sains dan teknologi di negara Tembok Besar. Harapan, memori dan cerita anda mengenai China yang kami amat menanti-nantikan untuk berkongsi. 

Silalah menulis mesej terus di bahagian komen atau meninggalkan gambar dan perkataan pada (mal@cri.com.cn), dan kemudian sebahagian cerita yang terpilih akan disiarkan melalui pelbagai platform kendalian kami. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here