LONDON, 27 Sept – Syarikat penerbangan kos rendah Ryanair mengumumkan rancangan untuk melabur US$200 juta di Sweden.

Pelaburan ini akan menyokong pelancaran 10 laluan baharu, sekali gus memperkukuh kehadiran syarikat penerbangan itu di negara terbabit, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Ini susulan keputusan kerajaan Sweden untuk memansuhkan Cukai Penerbangan bermula 1 Julai 2025.

Dalam satu kenyataan, Ryanair menyifatkan keputusan Stockholm untuk memansuhkan cukai itu sebagai “pragmatik dan berpandangan jauh.”

Ryanair memaklumkan pihaknya akan segera meningkatkan kapasiti di Sweden dengan menambah dua pesawat Boeing 737 kepada armada yang berpangkalan di negara itu.

 Pelaburan US$200 juta pada musim panas 2025 itu dijangka mewujudkan 60 pekerjaan baharu membabitkan juruterbang, kru kabin, dan jurutera tempatan, kata syarikat Ireland itu.

Syarikat penerbangan itu juga merancang untuk melancarkan 10 laluan Ryanair baharu bagi Sweden.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here