NEW YORK, 27 Sept – Presiden Umaro Sissoco Embalo dari Guinea-Bissau menekankan kemajuan yang dicapai oleh African Leaders Malaria Alliance (ALMA) dalam memerangi malaria meskipun berdepan cabaran global.

Berucap di sesi Debat Umum Sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu, Embalo menyeru sokongan berterusan untuk meningkatkan dana Global Fund bagi memastikan usaha memerangi malaria di seluruh Afrika dapat diteruskan, lapor Xinhua.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, ALMA dijangka menghadapi defisit sebanyak US$1.5 bilion.

“Kami bekerjasama dengan sektor swasta untuk mempromosikan pengeluaran ubat-ubatan dan kelambu bagi memerangi malaria.

“Kami menggalakkan pemindahan teknologi kepada syarikat Afrika. Kami melancarkan Majlis dan Dana Tamatkan Malaria serta menyokong gerakan belia menentang malaria,” kata Embalo, yang juga Presiden ALMA.

Sementara itu, pemanasan global dan hujan yang berkaitan dengan perubahan iklim telah meluaskan jangkauan penyebaran nyamuk, mendedahkan lebih 170 juta orang di benua Afrika kepada ancaman malaria.

“Kita mesti merombak struktur kewangan antarabangsa untuk menggalakkan keterangkuman yang lebih besar, terutamanya di Afrika serta mengambil kira peranan dan sumbangan benua Afrika kepada ekonomi dunia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here