TOKYO, 27 Sept – Bekas Menteri Pertahanan Shigeru Ishiba bakal menjadi Perdana Menteri Jepun yang seterusnya selepas memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah pada Jumaat dalam satu undian pemilihan semula, mengalahkan Menteri Keselamatan Ekonomi Sanae Takaichi, lapor Agensi Berita Kyodo.

Ishiba memenangi 215 undi pemilihan semula berbanding 194 untuk Takaichi. Ishiba dijangka akan memilih eksekutif LDP yang baharu pada Isnin dan membentuk kabinetnya selepas dipilih sebagai perdana menteri pada sesi Diet luar biasa yang bermula pada Selasa.

Calon lain termasuklah bekas Menteri Alam Sekitar Shinjiro Koizumi, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi, bekas menteri keselamatan ekonomi Takayuki Kobayashi, Menteri Luar Yoko Kamikawa, Menteri Digital Taro Kono dan bekas menteri kesihatan Katsunobu Kato.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here