Semua negara perlu berpegang kepada konsep keselamatan yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan, merungkai percanggahan pendapat menerusi dialog dan rundingan, di samping mendorong pembentukan hubungan antarabangsa model baharu yang saling hormat, adil dan saksama serta saling untung.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika menyampaikan ucapan dalam sesi debat umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang berlangsung di New York pada Sabtu.

Wang turut mengemukakan saranan China untuk menambah baik tadbir urus global.

Beliau berkata isu pembangunan perlu diletak sebagai keutamaan agenda antarabangsa dengan tumpuan diberi kepada pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Dalam pada itu, peruntukan menyasar sumber pembangunan harus ditingkatkan untuk membantu negara membangun menangani pelbagai risiko dan cabaran yang dihadapi.

Wang menyatakan China menyokong teguh usaha memelihara keadilan dan keterbukaan sistem antarabangsa, memperkasa keterangkuman dan keselarasan pembangunan global, di samping bersama menentang sekatan teknologi dan amalan mencantas hubungan.

Beliau berkata negara maju perlu membantu negara membangun meningkatkan kemampuan dalam menangani cabaran dari segi ekologi, dan tidak boleh berbicara tentang usaha menangani perubahan iklim sambil menindas sektor hijau negara lain.

Menyentuh isu kecerdesan buatan (AI), Wang berkata China menyokong PBB memainkan peranan sebagai saluran utama dalam tadbir urus AI di peringkat global.

Berhubung isu hak asasi pula, China berpendirian bahawa kemandirian semua negara dalam memilih jalan pembangunan hak asasi masing-masing perlu dihormati.

Wang menegaskan perbuatan memaksakan kehendak sendiri kepada negara lain ataupun mencampuri urusan dalaman negara lain dengan bertopengkan ‘hak asasi’ mesti dielak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here