Aktiviti Pertukaran Sosiobudaya China-Kemboja Sempena Lawatan Presiden

Sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping di Kemboja pada masa sekarang, Kumpulan Media China (CMG) telah menganjurkan aktiviti pertukaran sosiobudaya dengan institusi tempatan di sini pada Khamis dan turut membuahkan hasil yang substantif dalam kerjasama bilateral, misalnya mula melancarkan mekanisme rakan media, penyiaran program yang menekankan pembelajaran bersama di sebalik peradaban negara masing-masing dan kempen pawagam jelajah ke-10. 

Presiden Parti Rakyat Kemboja merangkap Pengerusi Senat, Hun Sen dalam surat tahniah kepada aktiviti tersebut menyatakan bahawa beliau berbesar hati melihat pencapaian yang cemerlang dalam kerjasama kedua-dua negara dalam bidang media, dan percaya aktiviti terbabit akan menjadi satu jambatan antara kedua-dua negara yang boleh membantu meningkatkan persefahaman dan memupuk rasa saling percaya, di samping menggalakkan hubungan bilateral berkembang dengan mantap dan sihat.

Presiden CMG yang juga merupakan Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Shen Haixiong menambah, CMG bersama pelbagai kalangan di Kemboja komited merancakkan kolaborasi sosiobudaya untuk pusingan baharu, dan menjana impak sosial untuk pembangunan kedamaian, sekali gus meningkatkan kerelevanan negara Selatan Global di persada dunia.

Turut hadir dalam aktiviti yang diadakan bersama CMG, Kementerian Penerangan Kemboja, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian, Institut Pengajian Diraja Kemboja itu, hampir 200 tetamu dari kalangan politik, ekonomi, kebudayaan, akademik dan media. 

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda