China Beri Pengecualian Visa Kepada Warganegara Kanada, UK Mulai 17 Feb Ini

BEIJING, 16 Feb (Xinhua) — Bagi memudahkan lagi perjalanan rentas sempadan, China memutuskan untuk melanjutkan dasar pengecualian visa kepada pemegang pasport biasa dari Kanada dan United Kingdom (UK) mulai 17 Feb 2026, menurut jurucakap Kementerian Luar China pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut jurucakap itu, pemegang pasport biasa dari kedua-dua negara boleh mendapat pengecualian visa untuk memasuki China dan tinggal sehingga 30 hari bagi tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga atau rakan, pertukaran dan transit.

Dasar itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Dis 2026, kata jurucakap berkenaan.