Xi Seru Mobilisasi Seluruh Masyarakat dalam Usaha Penghijauan

Presiden Xi Jinping menyeru usaha dipergiat untuk memobilisasi seluruh masyarakat mengambil bahagian secara aktif dalam usaha penghijauan demi menyumbang kepada modenisasi ala China.

Seruan itu dibuat beliau ketika menyertai aktiviti penanaman pokok secara sukarela di Beijing pada Isnin.

Xi berkata persekitaran ekologi yang baik adalah dinikmati oleh semua dan memerlukan usaha bersama semua pihak untuk membangunkannya.

Tahun ini menandakan permulaan bagi pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 dan juga ulang tahun ke-45 kempen penanaman pokok secara sukarela di China.

Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan program penghijauan perlu lebih memfokuskan kepada usaha meningkatkan kualiti, memacu perkembangan industri berkaitan dan memastikan limpahan manfaat dikecapi rakyat.

Dalam pada itu, usaha hendaklah dilakukan bagi memastikan kerja penanaman dan pengurusan dibuat secara serentak, memajukan pembangunan ekologi dan industri berkenaan secara seiring serta mewujudkan simbiosis antara manusia dan alam.