China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas Kepulauan Nansha serta perairan sekitarnya.
Perkara itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning susulan laporan bahawa Filipina merancang untuk menamakan semula sebahagian pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha.
Mao mengkritik cubaan Filipina itu mencabul kedaulatan wilayah China serta bertentangan dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.
Beijing tegas menentang pelanggaran Filipina terhadap kedaulatan serta hak dan kepentingan China, kata beliau sambil menambah bahawa tindakan susulan yang wajar akan diambil untuk mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim di Laut China Selatan.













Tinggalkan Balasan