Karnival budaya filem anjuran Kumpulan Media China (CMG) dijadual berlangsung selama lima hari di Ningbo, provinsi Zhejiang bermula 15 April.
Pihak penganjur turut mengadakan sidang media untuk memperkenalkan pengisian dan elemen inovatif yang diterapkan dalam aktiviti berkenaan pada Jumaat.
Difahamkan, karnival itu menumpukan kepada budaya berkaitan pawagam, industri perfileman dan pelancongan bagi menghidangkan satu temasya budaya filem yang penuh unsur imersif kepada pengunjung, sekali gus memperlihatkan komitmen CMG menyumbang kepada pembangunan bersepadu industri ‘filem+’.
Kempen ‘Reel Views, Real Journeys’ merupakan antara lima segmen utama yang diatur sempena karnival budaya filem.
CMG mengambil peluang ini menjemput pengembara dari seluruh dunia datang meneroka negara China menerusi kempen tersebut untuk melihat sendiri landskap semula jadi dan budaya China.













Tinggalkan Balasan