Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menerima kunjungan delegasi Parti Komintang (KMT) yang diketuai Pengerusinya, Cheng Li-wun di Beijing pada Jumaat.
Xi berkata pertemuan antara pemimpin PKC dan KMT selepas 10 tahun mempunyai makna yang amat besar, khususnya bagi perkembangan hubungan antara kedua-dua parti dan kedua-dua Selat Taiwan.
Xi menegaskan bahawa Tanah Besar bersedia memegang ‘Konsensus 1992’ dan menentang ‘kemerdekaan Taiwan’ sebagai asas politik bersama.
Selain itu, beliau turut menyuarakan komitmen untuk bersama-sama dengan pelbagai parti, kumpulan dan pelbagai lapisan masyarakat di Taiwan termasuk KMT, dalam usaha mendorong kedamaian di kedua-dua Selat Taiwan, kesejahteraan rakyat dan kebangkitan bangsa.
Xi turut mengemukakan empat cadangan bagi memperluas hubungan Tanah Besar dan Taiwan.
Katanya, semua pihak perlu berpegang teguh kepada identiti sebenar.
Mengulas lanjut, Xi berkata penduduk di kedua-dua Selat Taiwan adalah sekeluarga, justeru tiada perselisihan atau perbezaan pandangan yang tidak dapat diselesaikan, hanya perlu berbincang dengan baik dalam setiap hal.
Beliau menekankan bahawa kedua-dua pihak akan bersama-sama memelihara kedamaian bersama.
Beliau turut mencadangkan untuk meningkatkan pertukaran dan integrasi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Ujarnya, Tanah Besar sentiasa mengalu-alukan rakyat Taiwan untuk melawat Tanah Besar, selain menggalakkan golongan muda Taiwan untuk pertukaran dan pembangunan kerjaya.
Produk pertanian, perikanan serta barangan berkualiti dari Taiwan juga dialu-alukan memasuki pasaran Tanah Besar secara meluas.
Selain itu, kedua-dua pihak juga diseru memperluas pertukaran dan interaksi dalam pelbagai bidang bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan serta meningkatkan kesejahteraan bersama.

Sementara itu Cheng Li-wun menyatakan bahawa KMT dan PKC perlu mengekalkan dasar politik bersama dengan memegang “Konsensus 1992” dan menentang “kemerdekaan Taiwan”.
Selain itu, kedua-dua pihak perlu meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain, menggalakkan pertukaran dan kerjasama antara rakyat dan peringkat akar umbi serta bidang ekonomi, perdagangan dan kebudayaan, termasuk meneroka prospek cerah hubungan kedua-dua Selat Taiwan dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China.













Tinggalkan Balasan