Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 April — Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Khamis bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan menjejaki petunjuk daripada prstasi Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.54 mata atau 0.03 peratus kepada 1,682.88 daripada 1,683.52 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.44 mata lebih tinggi kepada 1,684.60.

Pasaran secara keseluruhan positif dengan 250 kaunter untung mengatasi 132 kaunter rugi, manakala 298 kaunter tidak berubah, 2,051 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 253.53 juta saham bernilai RM133.89 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata sesi dagangan di Wall Street tidak menentu apabila pedagang memilih untuk melihat melangkaui ketegangan yang berlaku di Asia Barat.

Beliau berkata rundingan pusingan kedua antara Amerika Syarikat dan Iran sedang berjalan dengan Presiden Donald Trump menunjukkan bahawa konflik itu mungkin hampir berakhir.

“Di peringkat tempatan, kami mengesyaki pelabur asing mungkin ingin mengurangkan pegangan susulan pembelian besar-besaran baru-baru ini. Untuk hari ini, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam lingkungan 1,680-1,695,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM11.08, manakala Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM4.60 dan RM8.70, Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM14.12, manakala CIMB berkurangan sembilan sen kepada RM7.41.

Bagi saham paling aktif, MMAG naik setengah sen kepada empat sen, manakala Golden Destinations yang baru disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 3.5 sen kepada 48.5 sen, Velesto Energy dan VS Industry tidak berubah masing-masing pada 33 sen dan 19.5 sen, manakala AirAsia X menokok satu sen kepada RM1.25.

Kaunter paling untung menyaksikan Nestle menambah 48 sen kepada RM99.48, MBM Resources melonjak 16 sen kepada RM5.04, manakala Pentamaster dan Hong Leong Industries naik 14 sen masing-masing kepada RM3.70 dan RM17.18 dan Kuala Lumpur Kepong meningkat 10 sen kepada RM21.60.

Selain CIMB, kaunter paling rugi ialah Petronas Dagangan berkurangan 14 sen kepada RM20.58, Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM5.55, manakala APM Automotive dan Press Metal Aluminium merosot empat sen masing-masing kepada RM3.02 dan RM7.97.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 5.38 mata kepada 12,253.72, Indeks FBM Emas naik 7.43 mata kepada 12,416.69, Indeks FBM Mid 70 menambah 47.75 mata kepada 17,551.02, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 22.30 mata kepada 12,354.37 dan Indeks FBM ACE naik 17.26 mata kepada 4,527.25.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 10.37 mata kepada 8,913.0, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 23.55 mata kepada 19,624.84, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.71 mata kepada 186.88, manakala Indeks Tenaga berkurangan 3.68 mata kepada 820.33.