Laluan Selat Hormuz perlu kekal terbuka kerana ia selaras dengan kepentingan bersama negara serantau dan masyarakat antarabangsa.
Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud pada petang Isnin.
Menyentuh mengenai situasi semasa di Asia Barat dan rantau Teluk, Xi berkata China konsisten dalam pendirian menyokong pelaksanaan gencatan senjata segera dan menyeluruh serta semua usaha yang boleh membantu memulihkan keamanan.
China kekal berpendirian bahawa pertikaian harus diselesaikan melalui pendekatan politik dan diplomatik, ujar beliau.
Sementara itu, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertitah Arab Saudi sedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China bagi mengekalkan gencatan senjata dan memastikan pelayaran selamat dan bebas melalui Selat Hormuz, serta bersama-sama mencari penyelesaian ke arah mencapai keamanan dan kestabilan berkekalan di rantau berkenaan.













Tinggalkan Balasan