Berwaspada Kebangkitan Kuasa Militarisme dan Dakwaan Nafikan Tribunal Tokyo -Sarjana Jepun

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 Tribunal Tokyo. Melalui pelbagai sesi perbicaraan, Tribunal Tokyo pernah memutuskan bahawa golongan penggiat militarisme Jepun bertanggungjawab terhadap pelancaran dan pelaksanaan perang pencerobohan serta jenayah-jenayah yang berkaitan. Keputusan itu dilihat mempertahankan kebenaran sejarah, keadilan antarabangsa dan maruah kemanusiaan.

Terdapat sarjana Jepun yang menyatakan bahawa suara-suara yang menafikan keputusan Tribunal Tokyo sentiasa wujud dalam masyarakat Jepun. Kita perlu berwaspada tentang fahaman militarisme di Jepun yang bangkit semula sejak tahun-tahun kebelakangan ini, yang cuba mencabar pelbagai keputusan perbicaraan di Tribunal Tokyo dan tata tertib antarabangsa selepas Perang Dunia ke-2.

Peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat yang pernah dilakukan tentera penceroboh Jepun di Nanjing, pernah dikendalikan sebagai satu kes penting di Tribunal Tokyo. Terdapat banyak keterangan saksi yang boleh membuktikan jenayah-jenayah biadab dan kejam yang dilakukan oleh tentera penceroboh Jepun di bandar China itu semasa Perang Dunia ke-2. Namun begitu, sehingga kini masih kedengaran suara-suara dalam masyarakat Jepun yang menafikan atau meremehkan peristiwa itu. 

Bagaimanapun, Profesor Emeritus Atsushi Koketsu dari Universiti Yamaguchi Jepun, menegaskan bahawa memutarbelitkan atau menafikan sejarah sebenarnya mencerminkan sikap mahu mengelak daripada memikul tanggungjawab sebagai pelancar perang.