WASHINGTON, 8 Mei — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat teguran luar biasa terhadap badan induk bola sepak dunia, FIFA berhubung harga tiket Piala Dunia yang akan berlangsung di Amerika Utara pada Jun dan Julai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
FIFA dikritik hebat kumpulan penyokong berhubung harga tiket yang tinggi, namun Trump sebelum ini lazimnya dilihat menyokong Presiden FIFA Gianni Infantino menjelang kejohanan itu.
Bagaimanapun, selepas dimaklumkan New York Post bahawa harga tiket perlawanan pembukaan AS menentang Paraguay pada 12 Jun di Los Angeles boleh mencecah US$1,000, Trump dilihat memahami rungutan penyokong.
“Saya tidak tahu jumlah itu. Saya memang mahu hadir, tetapi secara jujurnya, saya sendiri tidak akan membayarnya,” katanya seperti dipetik pada Khamis.
Infantino minggu ini mempertahankan harga tiket berkenaan dengan berkata beberapa tiket Piala Dunia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding kos menonton perlawanan kolej di AS.












Tinggalkan Balasan