Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis, Emmanuel Bonne di Beijing pada Jumaat.
Wang dalam pertemuan itu berkata, situasi antarabangsa ketika ini semakin kompleks, dan sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) serta kuasa besar yang mengamalkan dasar bebas dan berkecuali, China dan Perancis perlu memperkukuh komunikasi dan penyelarasan strategik.
Katanya, kerjasama tersebut amat penting bagi menghadapi cabaran global bersama dan memastikan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Perancis terus berkembang secara sihat dan stabil tanpa gangguan.
Sementara itu Emmanuel Bonne berkata, Perancis berharap dapat mempererat kerjasama dengan China dalam mencari penyelesaian konstruktif terhadap krisis global.
Beliau menegaskan, pada masa sekarang, adalah penting bagi Eropah dan China untuk mengekalkan dialog dan kerjasama. Kesatuan Eropah (EU) memerlukan China, manakala Perancis bersedia untuk memainkan peranan positif bagi menggalakkan dialog dan kerjasama antara China dengan EU.













Tinggalkan Balasan