Naib Presiden China, Han Zheng menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Promosi Perdagangan dan Pelaburan Global 2026 di Beijing pada Isnin.
Han ketika berucap pada majlis itu berkata, dunia ketika ini berdepan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan besar terhadap sistem perdagangan antarabangsa, justeru beliau menyeru pengukuhan kerjasama antarabangsa dalam menghadapi cabaran ekonomi global.
Beliau turut mengemukakan empat cadangan utama termasuk memperkukuh persekitaran ekonomi antarabangsa yang terbuka, mempertahankan amalan multilateralisme serta menggalakkan liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan global.
Han turut menyeru pembentukan kelebihan pembangunan berasaskan inovasi melalui penggunaan teknologi baharu agar manfaat inovasi dapat dikongsi semua negara.
Selain itu, beliau turut menyuarakan harapan agar bersama-sama meningkatkan ketahanan rantaian industri dan rantaian bekalan, mempertingkat sinergi industri, pertukaran teknologi dan penyelarasan piawaian.
Beliau juga berharap dapat bersama-sama mendorong pembaharuan sistem tadbir urus ekonomi global, teguh mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan berdasarkan peraturan
Sidang anjuran Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) tersebut telah diadakan sebanyak 5 kali berturut-turut.
Tema sidang kemuncak tahun ini ialah “Melangkah ke Arah Baharu, Menghubungkan Masa Depan”.
Acara ini dihadiri lebih 800 wakil daripada jabatan kerajaan asing, organisasi antarabangsa, institusi ekonomi, dewan perdagangan dan syarikat dari dalam dan luar negara.













Tinggalkan Balasan