Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) amat berjaya. Ia menyuntik kedinamikan dan penggerak baharu kepada persahabahatan tradisional kedua-dua negara, sekali gus melakar sejarah penting dalam hubungan kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Haixing ketika memberi tafsiran mengenai lawatan Presiden Xi kali ini.
“Bertepatan dengan ulang tahun ke-65 penandatangan Perjanjian Persahabatan Kerjasama dan Bantu-Membantu China-DPRK, lawatan tersebut merupakan lawatan Presiden Xi ke DPRK untuk kali kedua selepas tujuh tahun, dan juga lawatan rasmi pertama beliau ke negara luar pada tahun ini,” ujar Liu.
“Lawatan Presiden Xi Jinping ke DPRK amat berjaya dan ia dapat dilihat dari tiga aspek,
“Pertama pemimpin tertinggi kedua-dua negara membuat perancangan sistematik bagi hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara pada era baharu.
“Kedua, lawatan Xi kali ini memperkasakan kerjasama praktikal dan pertukaran persahabatan kedua-dua negara, menyuntik penggerak baharu kepada usaha sosialisme.
“Dan ketiga, pemimpin tertinggi kedua-dua juga mengambil peluang arus perkembangan zaman dan sejarah, membawa tenaga positif kepada pembangunan damai serantau, malah dunia,” ujar Liu.












Tinggalkan Balasan