IPOH, 15 Jun — UMNO Perak akan membantu gerak kerja parti di empat kawasan Parlimen melibatkan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata di Johor, UMNO Perak akan membantu jentera di kawasan DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di Parlimen Pagoh, selain DUN Bukit Gambir, Tangkak dan Serom di Parlimen Ledang.
“Bagi Negeri Sembilan, kita akan membantu di DUN Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah dan Johol di bawah Parlimen Kuala Pilah serta DUN Gemas, Gemencheh dan Repah di Parlimen Tampin,” katanya.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ke-4 2026 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos depan.

















Tinggalkan Balasan