Memandangkan situasi wabak Ebola menjadi serius ketika ini, kerajaan China memutuskan untuk sekali lagi memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Republik Demokratik Congo (DRC), Uganda dan Persatuan Afrika (AU).
Ini diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di sini pada Isnin.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 19 Jun mengumumkan bahawa China telah menghantar satu lagi pasukan perubatan ke DRC.
Sehubungan itu, Guo menyatakan bahawa China dan Afrika sebagai komuniti berkongsi nasib menunjukkan komitmen untuk bersama-sama menghapuskan onak duri, dan China sentiasa memberikan sokongan padu kepada Afrika dalam memerangi wabak Ebola.
“Perkembangan wabak Ebola di DRC dan Uganda berada dalam perhatian China. DRC dan Persatuan Afrika (AU) sudah mendapat bantuan kemanusiaan kecemasan dari China, yang juga telah menghantar pasukan pakar perubatan anti-wabak dengan membawa ubat-ubatan dan peralatan ke DRC.
“Kini terdapat hampir seribu anggota perubatan China yang bertugas di Afrika melawan wabak ini berdasarkan kerjasama dengan rakyat tempatan,” ujar Guo.
“Sebaik saja tiba di Kinshasa, ibu negara DRC pada 2 Jun, pasukan pakar perubatan China segera melibatkan diri dalam kerja-kerja mengatasi wabak, bekerjasama rapat dengan jabatan kesihatan negara itu untuk mengetahui keperluan mereka dan memberikan perkhidmatan perubatan dan panduan yang diperlukan. Pretasi kerja mereka sudah pun mendapat pujian daripada pelbagai pihak.
“China akan terus bersama masyarakat antarabangsa menumpukan perhatian kepada perkembangan pandemik itu, dan memberikan sokongan yang wajar menurut keperluan negara-negara Afrika untuk membantu negara terbabit mencapai kejayaan dalam menangkis wabak,” tambah beliau.













Tinggalkan Balasan