Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang juga Presiden Senat, Samdech Techo Hun Sen di Beijing pada Jumaat.
Xi dalam pertemuan itu berkata, pihak China bersedia memperkasa perkongsian pengalaman berhubung pentadbiran parti dan negara dengan Kemboja.
Beliau menyarankan kedua-dua pihak berusaha mendorong ‘Koridor Pembangunan Perindustrian’ dan ‘Koridor Ikan dan Beras’ melakar kemajuan substantif, mengoptimumkan perjanjian perdagangan bebas China-Kemboja dan memastikan hasil kerjasama pragmatik membawa limpahan manfaat kepada rakyat.
Xi berkata China bersedia membina perkongsian keselamatan dengan Kemboja, di samping bersinergi membanteras kegiatan penipuan telekomunikasi dan siber secara tuntas.
Tambah beliau, China juga bersedia meningkatkan penyelarasan dan koordinasi dengan Kemboja bagi memelihara landskap kejiranan baik dan kerjasama saling untung di rantau ini.
Sementara itu, Hun Sen berkata Kemboja berhasrat memperkasa penyelarasan antara ‘strategi pentagon’ dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sambil memperdalam kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, keselamatan, pertahanan, sosiobudaya dan lain-lain.
Kata beliau, Kemboja menyokong empat inisiatif global yang dikemukakan Presiden Xi dan bersedia bersama-sama China melaksanakannya bagi menyumbang kepada kedamaian dan kemakmuran serantau bahkan dunia.













Tinggalkan Balasan