Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Selasa.
Wang Yi menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump telah mencapai konsensus penting tentang pembinaan hubungan dua hala yang konstruktif untuk kestabilan strategik antara China dan AS, ketika pertemuan mereka di Beijing pada Mei lalu.
Pencapaian konsensus itu memberikan panduan strategik penting bagi hala tuju hubungan kedua-dua negara dalam tempoh tiga tahun akan datang malah jangka masa yang lebih panjang, kata Wang Yi.
Beliau menyatakan bahawa kedua-dua pihak China dan AS harus berpegang teguh pada prinsip sama rata, saling menghormati dan keuntungan bersama, menterjemahkan konsensus penting pemimpin kedua-dua negara menjadi polisi dan langkah konkrit.
Oleh itu, kata Wang, kedua-dua pihak harus memanjangkan senarai kerjasama, mewujudkan lebih banyak agenda positif, memendekkan senarai masalah, selain mengawal risiko dengan baik.
Wang dan Rubio berpendapat bahawa panggilan telefon kali ini adalah positif dan konstruktif.
Mereka bersetuju untuk bersama-sama melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh presiden kedua-dua negara, dan mengekalkan komunikasi dengan cara yang fleksibel.













Tinggalkan Balasan