Gempa Bumi Kuat 6.5 Magnitud Gegar Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 12.14 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 5.2 darjah Utara dan 125.4 darjah Timur, kira-kira 159 kilometer Tenggara dari Koronadal City, Filipina.

“Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.