PM Anwar Dikurnia Darjah Kerabat Brunei

75 68 89 77 77 32 80 97 100 117 107 97 32 83 101 114 105 32 66 97 103 105 110 100 97 32 83 117 108 116 97 110 32 72 97 106 105 32 72 97 115 115 97 110 97 108 32 66 111 108 107 105 97 104 32 77 117 226 128 153 105 122 122 97 100 100 105 110 32 87 97 100 100 97 117 108 97 104 32 105 98 110 105 32 65 108 45 77 97 114 104 117 109 32 83 117 108 116 97 110 32 72 97 106 105 32 79 109 97 114 32 226 128 152 65 108 105 32 83 97 105 102 117 100 100 105 101 110 32 83 97 226 128 153 97 100 117 108 32 75 104 97 105 114 1

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman di sini yang turut disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah. 

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira 11 pagi.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar dijangka menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai jawatankuasa kerjasama pengurusan bencana.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.