Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-70 Program “Megafon Kecil” CMG

Pada saat meraikan ulang tahun ke-70 program “Megafon Kecil” (Xiaolaba)Kumpulan Media China (CMG), Presiden China, Xi Jinping telah mengirimkan sepucuk surat untuk mengucap tahniah.

Dalam surat tahniah itu, Xi menyatakan bahawa selama 70 tahun ini, program “Megafon Kecil” yang berpegang pada prinsip “menyampaikan cerita yang baik kepada kanak-kanak” menemani anak muda membesar dengan sihat generasi demi generasi.

Xi menekankan bahawa pada titik permulaan yang baharu ini, beliau berharap agar para pekerja dalam bidang kesenian kanak-kanak dapat melaksanakan tugas asas dalam pendidikan dan penghasilan karya yang berteraskan pembinaan etika, mengikuti arus perkembangan zaman, menyuburkan budaya kanak-kanak, dan berdedikasi dengan sepenuh hati mencipta lebih banyak karya cemerlang yang menyebarkan kebenaran, kebaikan dan keindahan yang disukai oleh kanak-kanak, demi memberikan sumbangan yang lebih besar dalam melahirkan generasi pembina masyarakat sosialis yang berkilau pada segenap aspek termasuk moral, intelek, fizikal, estetika dan ketekunan.