China komited untuk mempercepat transformasi hijau secara menyeluruh dalam pembangunan ekonomi dan sosial sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).
Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang membuat kenyataan itu ketika menghadiri sidang tahunan Majlis Kerjasama Antarabangsa China mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (CCICED) di Beijing pada Selasa.
Ding dalam ucapannya berkata adalah penting untuk semua pihak berganding bahu melangkah ke arah merealisasikan pembangunan mampan.
Beliau menyeru usaha bersama untuk memacu pembangunan hijau dan rendah karbon melalui tindakan praktikal, sekali gus menyuntik lebih banyak kepastian dan tenaga positif kepada tadbir urus iklim global serta perlindungan biodiversiti.
Ding berkata perlunya memupuk produktiviti hijau melalui inovasi teknologi, selain menggalakkan integrasi mendalam digitalisasi dan kepintaran dengan penghijauan industri.
Beliau turut menekankan kepentingan menambah baik tadbir urus alam sekitar dan iklim global melalui keterbukaan dan kerjasama, di samping memperkasa kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi bagi memastikan hasil pembangunan hijau dinikmati oleh semua rakyat.













Tinggalkan Balasan