Utusan Khas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi Mempromosikan Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dan Wanita, Peng Liyuan menyeru komuniti antarabangsa agar memperkasakan pendidikan digital dan pintar untuk golongan wanita demi memastikan mereka boleh menggunakan dan memperoleh manfaat daripada teknologi digital dan pintar.
Peng, yang juga isteri Presiden China Xi Jinping, membuat kenyataan tersebut menerusi ucapan video pada Majlis Anugerah Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dan Wanita UNESCO 2026 yang diadakan di Paris, pada Jumaat.
Beliau berkata, China menyatakan komitmen berterusan dalam mengutamakan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan dan wanita, selain aktif menjalinkan kerjasama pragmatik dengan UNESCO.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasakan pembangunan pendidikan berkualiti tinggi.
“Langkah itu berjaya mempromosikan kesaksamaan gender dalam pendidikan serta pembangunan menyeluruh golongan wanita, sekali gus menawarkan pengalaman berharga yang boleh dicontohi oleh negara-negara Selatan Global,” ujar Peng.
Sejak diperkenalkan secara bersama oleh China dan UNESCO pada tahun 2015, Anugerah Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan dan Wanita terus memberi impak positif yang signifikan, selain mendapat perhatian luas dan pengiktirafan tinggi daripada komuniti antarabangsa.










Tinggalkan Balasan