China sentiasa mementingkan perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU), dan bersedia berganding bahu dengan pihak Eropah untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak.
Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China He Lifeng ketika mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Perdagangan dan Keselamatan Ekonomi EU, Maros Sefcovic di Beijing pada Jumaat.
Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak saling bertukar pandangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan EU.
He yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), menyatakan bahawa China dan EU seharusnya memaksimumkan peranan mekanisme perundingan perdagangan dan pelaburan China-EU, mempertahankan kedudukan baharu dalam mengekalkan hubungan rakan dagang utama yang stabil dan seimbang, di samping meneruskan dialog serta menangani pertikaian secara bijaksana demi memacu pembangunan hubungan ekonomi dua hala yang sihat.
Sementara itu Sefcovic menyatakan bahawa China merupakan rakan ekonomi dan perdagangan penting bagi EU, justeru katanya EU komited untuk terus mengekalkan rundingan perdagangan dan pelaburan, memperkukuh komunikasi serta menggalakkan kerjasama dua hala.









Tinggalkan Balasan