Presiden China Xi Jinping menegaskan perlunya mengekalkan jalan yang mengutamakan pemuliharaan ekologi dan pembangunan hijau.
Xi membuat kenyataan itu semasa mengadakan tinjauan di bandar Ulanqab, wilayah Mongolia Dalam pada Jumaat.
Menurut beliau, pembangunan hijau adalah usaha yang wajar dilakukan bagi mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi.
Beliau turut menekankan keperluan untuk melaksanakan pendekatan perlindungan bersepadu dan tadbir urus sistematik terhadap gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, padang rumput dan padang pasir, selain bersinergi bagi mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran, di samping memperluas penghijauan dan memacu pertumbuhan.
Ketika berada di zon perlindungan alam semula jadi Tasik Huangqihai, Xi diberi taklimat mengenai usaha pemuliharaan ekologi yang dilakukan kerajaan tempatan.
Semasa melawat Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Chahar, beliau dimaklumkan mengenai kemajuan pembinaan hab projek ‘Data Timur, Pengkomputeran Barat’ serta pembangunan industri kuasa pengkomputeran hijau.
Xi turut mengunjungi pameran hasil pertanian dan ternakan, dan menggalakkan pihak berkuasa tempatan memperkasa penyelarasan pengeluaran dan pemasaran bagi menjana pendapatan penduduk tempatan.











Tinggalkan Balasan