LHASA, 23 Okt — Seramai 16 orang maut manakala 32 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda Daerah Baqen di Bandar Nagqu, Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada 10.33 malam Khamis (waktu Beijing), menurut Biro Pengurusan Kecemasan bandar itu.
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa setakat 2.25 pagi Jumaat, 11 mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan parah manakala 21 lagi mengalami cedera ringan.
Lebih 300 rumah turut musnah akibat gempa bumi itu.
Penilaian lanjut terhadap kerosakan akibat bencana sedang dijalankan, sementara operasi bantuan dan menyelamat masih diteruskan.
Lebih 300 anggota polis telah dikerahkan ke pusat gempa bagi menjalankan operasi bantuan, manakala pasukan bomba dan penyelamat wilayah itu turut mengerahkan 347 anggota ke kawasan terjejas.









Tinggalkan Balasan