Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat Biro Politik pada Jumaat bagi membahas “Laporan Komprehensif Pemeriksaan Jawatankuasa Pusat Ke-20 dalam Pusingan Ketujuh”.
Menurut mesyuarat itu, pelaksanaan tugas agensi-agensi parti dan kerajaan telah mencapai kemajuan positif, namun masih terdapat beberapa masalah yang memerlukan perhatian serius dan penyelesaian tegas.
Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan menekan keperluan untuk memperkukuh tanggungjawab dan pengawasan ketat terhadap pelaksanaan langkah pembetulan tersebut.
Sementara itu, organisasi PKC yang diperiksa juga perlu menggabungkan pembelajaran dan pelaksanaan pemikiran pembinaan parti Xi Jinping serta mengukuhkan dan memperluas pemahaman mengenai pencapaian tadbir urus yang tepat.
Ini juga termasuk memastikan segala masalah yang dikenal pasti menerusi pemeriksaan ditangani secara tegas dan langkah pembetulan dilaksanakan dengan bersungguh-sunguh serta berkesan.









Tinggalkan Balasan