Resolusi Diserah China Berkaitan Penggunaan Teknologi Raih Sokongan Luas 

China menyambut baik keputusan Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan resolusi diserahkan China berhubung usaha menggalakkan kerjasama antarabangsa mengenai penggunaan aman dalam konteks keselamatan dunia.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning berkata ini merupakan kali keempat China memanjangkan resolusi berkaitan penggunaan aman teknologi terbabit kepada UNGA sejak tahun 2021, yang turut mendapat sokongan meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Menurut Mao, resolusi berkenaan menuntut penyelarasan antara pembangunan dan keselamatan, memperkukuh peranan PBB serta mempertahankan hak negara membangun untuk menggunakan teknologi secara aman.

Resolusi itu juga menggesa semua negara mengambil langkah konkrit bagi mendorong kerjasama antarabangsa dalam bidang berkenaan, dan mengelak daripada mengenakan tindakan sekatan yang tidak selaras dengan kewajipan antarabangsa masing-masing.