Dialog Global ‘Tadbir Urus China dan Pembangunan Dunia’ edisi Rusia dilancarkan di Moscow pada Khamis.
Acara itu menarik penyertaan lebih seratus tokoh antaranya ahli politik serta wakil komuniti perniagaan, akademik dan media untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pengalaman tadbir urus China dan prospek kerjasama dua hala.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Persekutuan Rusia Andrey Denisov ketika berucap pada acara itu memberikan penghargaan terhadap amalan Parti Komunis China (PKC) mengintegrasikan prinsip panduan dengan teori inovatif dan memastikan perjuangannya kekal berada pada haluan yang betul.
Menurut beliau, perkara itu membuktikan bahawa sesebuah negara mampu meneroka jalan pembangunan yang bercirikan sendiri berdasarkan model bukan Barat.
Denisov menambah bahawa dalam sektor memuncul seperti kecerdasan buatan (AI), China memberi keutamaan kepada pembangunan dan peraturan secara seiringan, sekali gus menyumbang idea kepada tadbir urus global.













Tinggalkan Balasan