Dokumentari “Shining APEC Journey” Pamerkan Keterbukaan, Keterangkuman, Pertumbuhan Inovatif dan Kemakmuran Bersama

Dokumentari bertajuk “Shining APEC Journey” akan disiarkan pada malam Selasa (10 Nov), sempena Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi Ke-33 Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dijadualkan berlangsung di Shenzhen pada 18 hingga 19 November. 

Kru dokumentari berkenaan memulakan perjalanan dari China, merentasi kedua-dua pantai pesisir Lautan Pasifik dan menjelajah 21 entiti ekonomi APEC bagi memaparkan secara menyeluruh pencapaian yang diraih hasil perdagangan dan pertukaran ekonomi antara China dengan anggota APEC.

Ini sekali gus menonjolkan aspek keterbukaan dan keterangkuman serta pertumbuhan inovatif dan kemakmuran bersama yang dibawa oleh APEC.