Majlis Keselamatan PBB Adakan Mesyuarat Terbuka Ukraine, China Seru Rundingan Damai

Konflik Ukraine kini berada pada detik penting ke arah penyelesaian melalui rundingan.

Perkara itu dinyatakan Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sun Lei semasa berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Ukraine pada Isnin. 

Beliau berkata masyarakat antarabangsa juga semakin lantang menyeru keamanan serta mendorong rundingan damai.

Baru-baru ini, pelbagai pihak berkepentingan telah mengadakan siri interaksi dan pertukaran pandangan serta mengeluarkan beberapa isyarat positif berhubung penyelesaian konflik di Ukraine. 

Menurut Sun, China turut menyokong segala bentuk usaha ke arah keamanan dan berharap pihak-pihak berkenaan mengekalkan momentum positif bagi mempercepatkan penyelesaian politik terhadap krisis tersebut.