Kapal Pengawal Pantai China ‘Sandu’ Tiba di Malaysia bagi Lawatan Persahabatan

Kapal Pengawal Pantai China (CCG) ‘Sandu’ dilaporkan tiba di Pulau Pinang, Malaysia pada Selasa bagi memulakan lawatan persahabatan selama empat hari.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Muzafira Mukholit berkata CCG sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang baik, selain bersedia menghulurkan bantuan. 

Menurut beliau, kerjasama antara kedua-dua agensi semakin diperkukuh, susulan lawatan kapal Malaysia ke Sanya, China pada tahun lalu.

Sehubungan itu, APMM telah menjemput kapal CCG untuk mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada tahun ini sebagai usaha mempererat hubungan kedua-dua pihak, kata Komander Maritim Muzafira. 

Beliau turut menyatakan harapan agar hubungan antara kedua-dua agensi dapat diperkukuh menerusi penubuhan sebuah pusat perhubungan, sekali gus memperdalam kerjasama maritim Malaysia-China.

Sepanjang lawatan ini, China dan Malaysia akan mengadakan siri pertukaran dua hala melibatkan pelbagai kandungan dan melalui pelbagai bentuk.

Pada masa yang sama, Kapal Sandu akan mengadakan Hari Terbuka Kapal dan majlis resepsi di atas dek kapal berkenaan.