AS Patut Henti Reka Naratif “Pengintip China” – MFA

Pencapaian dan kemajuan dalam bidang teknologi yang dilakar China merupakan hasil inovasi berteraskan keupayaan swadaya serta kerjasama terbuka dengan pelbagai pihak.

Justeru, Amerika Syarikat (AS) digesa segera menghentikan rekaan naratif “pengintip China” yang digunakan sebagai alasan untuk mengenakan sekatan teknologi ke atas negara ini.  

Pendirian itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Mao Ning dalam taklimat media di Beijing pada Khamis.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap laporan yang mendakwa skandal yang terpalit dengan individu berprofil tinggi di NVIDIA, berkemungkinan menjejaskan hubungan AS-China sehingga berkemungkinan menyebabkan pentadbiran negara itu bertindak mengehadkan eksport teknologi ke China.