China, AS Adakan Mesyuarat Kumpukan Kerja Perjanjian Perundingan Ketenteraan Maritim di Shanghai

Tentera China dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan mesyuarat kumpulan kerja kali kedua dan mesyuarat tahunan 2026 di bawah Perjanjian Perundingan Keselamatan Ketenteraan Maritim (MMCA) di Shanghai, timur China pada 18 hingga 20 November.

Mesyuarat bagi melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, dan menggalakkan hubungan ketenteraan China-AS berkembang secara sihat, stabil dan mampan. 

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan ikhlas, praktikal dan konstruktif tentang situasi keselamatan laut dan udara di kedua-dua negara.

Mereka turut membuat penilaian terhadap pelaksanaan Peraturan Tata Laku Keselamatan Pertemuan di Udara dan Laut sepanjang tahun lalu, selain membincangkan langkah-langkah untuk menambah baik situasi keselamatan ketenteraan maritim kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengenai agenda mesyuarat kumpulan kerja bagi tahun 2027.