Filem Dokumentari ‘Fabric of Lives’ Ditayangkan

Filem ‘Fabric of Lives’ terbitan Studio Filem Berita dan Dokumentari Pusat kendalian Kumpulan Media China (CMG) ditayangkan di pawagam China baru-baru ini.

Filem itu mengisahkan cerita dua keluarga di kaunti Awat, selatan wilayah Xinjiang yang mengusahakan penanaman kapas.

Xinjiang antara penyumbang terbesar pengeluaran kapas China dengan sumbangan sebanyak lebih 90 peratus, sekali gus menjana pendapatan untuk jutaan petani di wilayah itu.

Kaunti Awat digelar ‘kampung halaman kapas serat panjang’ dengan penghasilan kapas yang berkualiti tinggi.

Selain membawa cerita tentang usaha mengutip dan menjual kapas, filem itu turut menggambarkan kehidupan dua keluarga itu serta kerajinan mereka untuk mencipta masa depan yang lebih bahagia.

Yang lebih istimewa, majlis tayangan perdana filem itu diadakan di tepi ladang kapas di kaunti Awat dengan lebih 600 penduduk tempatan sebagai penonton kumpulan pertama.