TOKYO, 19 Jun — Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda perairan Semenanjung Nemuro di timur Hokkaido pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Menurut JMA, gegaran berlaku pada 8.08 pagi waktu tempatan (2308 GMT Rabu) di kawasan cetek di luar pesisir tenggara semenanjung berkenaan.
Agensi itu memaklumkan bahawa gempa mungkin menyebabkan perubahan kecil pada paras air laut di sepanjang pantai timur Lautan Pasifik Hokkaido, namun tiada risiko kerosakan dilaporkan.
Tinggalkan Balasan