‘Semangat China-Asia Tengah’ yang dibentangkan Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak China-Asia Tengah edisi kedua mempamerkan komitmen teguh enam negara untuk mengekalkan kejiranan baik, memperkukuh asas kepercayaan, memperkasa perpaduan dan saling membantu antara satu sama lain.
Menteri Luar China Wang Yi berkata pemimpin negara Asia Tengah sepakat untuk menjunjung semangat itu dan memperkasa kerjasama bagi menggerakkan perkembangan mekanisme China-Asia Tengah secara berterusan.
Dalam sidang kemuncak di Astana, pemimpin enam negara bersama-sama mewartakan tempoh 2025-2026 sebagai ‘Tahun Pembangunan Berkualiti Tinggi Kerjasama China-Asia Tengah’.
Wang berkata enam negara akan memperkasa kerjasama untuk menjana pembangunan masing-masing dengan memberikan tumpuan kepada aspek kelancaran perdagangan, pelaburan sektor perindustrian, kesalinghubungan, perlombongan hijau, pemodenan pertanian dan pertukaran personel.
Sidang kemuncak itu turut menyaksikan perjanjian mengenai kejiranan baik dan kerjasama muhibah yang berkekalan ditandatangani antara enam negara, sekali gus memaktubkan prinsip persahabatan berterusan menjangkaui generasi dalam bentuk undang-undang.
Wang menyifatkan pemeteraian perjanjian berkenaan memperlihatkan kesalingpercayaan politik antara China dengan negara Asia Tengah mencapai tahap baharu, selain menandakan satu langkah baharu ke hadapan dalam penyelarasan strategik dan persefahaman sesama rakyat.
Tinggalkan Balasan