China dan New Zealand perlu meletakkan kerjasama di kedudukan yang lebih utama dalam hubungan dua hala.
Demikian kata Presiden Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon di Beijing pada Jumaat.
Xi menekankan bahawa dua negara harus memanfaatkan kelebihan yang saling melengkapi, memperdalam kerjasama perdagangan dan pelaburan serta meneroka potensi kerjasama dalam bidang seperti inovasi teknologi, perubahan iklim dan infrastruktur.
Beliau turut menyeru agar pertukaran dalam bidang pendidikan, kebudayaan, belia dan di peringkat tempatan terus diperkukuh bagi memperkaya konotasi hubungan bilateral.
Tinggalkan Balasan