Kumpulan Media China (CMG) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mencapai persetujuan untuk mengukuhkan kerjasama strategik komprehensif dan mempromosikan siaran acara sukan baharu.
Persetujuan itu dicapai menerusi rundingan antara Presiden CMG, Shen Haixiong dengan Presiden Kehormat Sepanjang Hayat IOC, Thomas Bach, dan Presiden baharu IOC, Kirsty Coventry di Lausanne, Switzerland pada Isnin.
Shen berkata, CMG bersedia bekerjasama dengan IOC dalam meneroka penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penyiaran sukan dan pembangunan industri e-sukan.
“Selain itu, berusaha bersama untuk menyemarakkan semangat Olimpik dan membantu memupuk semangat Olimpik dalam kalangan masyarakat berdasarkan rasa percaya antara satu sama lain, konsep saling menguntungkan dan sama menang,” katanya.
Sementara itu, Kirsty Coventry berkata, IOC sentiasa menyifatkan CMG sebagai rakan kongsi yang penting, dan pencapaian yang dilakar oleh kedua-dua pihak dipercayai akan menggalakkan perkembangan sukan Olimpik.
Beliau juga menantikan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang pendigitalan, inovasi teknologi dan pembangunan mapan, serta bersama-sama memperluaskan pengaruh semangat olimpik ke arah pembangunan yang lebih berkualiti.
Tinggalkan Balasan