Perdana Menteri China, Li Qiang berkata China akan secara proaktif berintegrasi dengan pasaran global dan memberikan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.
Pada masa sama, China akan menambah baik iklim perniagaan, mengalu-alukan lebih banyak perusahaan asing melabur di negara ini.
Li berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Juara Baharu Ke-16 (AMNC), yang turut dikenali sebagai Forum Davos Musim Panas di sini, pada Rabu.
Li menyatakan bahawa pelbagai pihak dikehendaki mempertahankan globalisasi ekonomi yang terangkum untuk kebaikan semua, di samping memelihara perdagangan bebas dan multilateralisme demi mempromosikan ekonomi dunia berkembang secara mampan.
Sementara itu, beliau kata, pelbagai negara harus menyelesaikan pertikaian melalui rundingan sama rata.
“China bersedia berusaha bersama pelbagai negara untuk mengukuhkan asas kepercayaan bagi kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
“Kita juga dikehendaki memelihara kepentingan bersama dalam kerjasama saling menguntungkan. China akan terus secara aktif mengambil bahagian dalam kerjasama pelbagai hala, mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi inisiatif Jalur dan Laluan (BRI),” kata Li.
Dalam pada itu, menurut beliau, China bersedia mempergiat koordinasi perindustrian dengan pelbagai negara dan berkongsi hasil pembangunan bersama.
Untuk rekod, lebih 1,700 perwakilan dari 90 buah negara dan wialyah menghadiri AMNC-16.
Tinggalkan Balasan