China Sokong AIIB Buka Lembaran Baharu Cemerlang

China komited bekerjasama dengan semua pihak untuk menyokong Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) ke arah sedekad baharu yang cemerlang, serta menyumbang kepada pembangunan mampan dan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Tahunan ke-10 Lembaga Gabenor AIIB di Beijing pada Khamis.

Pada majlis tersebut beliau menyatakan saranan bagi masa depan AIIB iaitu meningkatkan sokongan kepada negara ahli dalam memperkukuh keupayaan pembangunan ketika berdepan pertumbuhan ekonomi global yang penuh mencabar.

Beliau juga menyeru supaya memperluas dialog dan kerjasama antarabangsa selaras dengan perubahan landskap ekonomi dan perdagangan dunia, selain memainkan peranan aktif sebagai platform pelbagai hala dalam menangani tadbir urus global.

Li menegaskan, ekonomi China tetap menunjukkan pemulihan positif meski berdepan ketidaktentuan global.

Katanya China akan memperluaskan keterbukaan ekonomi bertaraf tinggi dan mengintegrasi lebih mendalam dalam ekonomi global sekaligus membuka lebih banyak peluang kepada negara lain.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda