Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Ecuador, Daniel Noboa di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Dalam pertemuan tersebut, Xi menyuarakan harapan agar China dan Ecuador dapat menjadi sahabat baik, saling menghormati dan mempercayai serta dapat membangun bersama.
Katanya, kedua-dua negara harus memberikan sokongan teguh terhadap kepentingan teras dan keprihatinan masing-masing, selain meningkatkan interaksi dalam pelbagai bidang dan peringkat, serta memperluas pertukaran pengalaman dalam pentadbiran negara.
“Kedua-dua negara perlu melaksanakan projek kerjasama utama dengan baik untuk mencapai hasil yang substantif, dan menggalakkan perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, perlu merancakkan pertukaran dalam bidang pendidikan, budaya, media, dan belia, serta menyemarakkan semangat saling belajar untuk mengenali hati dan budi,” kata Xi.
Sementara itu Presiden Noboa pula menyatakan bahawa pihaknya berhasrat terus memperdalam hubungan dengan China, mempertingkat hubungan ekonomi dan perdagangan, mempererat kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, kebudayaan, pendidikan dan belia demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Tinggalkan Balasan