Reruai Pameran Media China Tumpuan dalam Festival Radio dan Televisyen Arab ke-25

Festival Radio dan Televisyen Arab ke-25 diadakan di bandar Yasmine Hammamet, Tunisia pada 23 hingga 26 Jun lalu. 

Sebagai anggota Pengerusi Kesatuan Penyiaran Negara Arab (ASBU), Kumpulan Media China (CMG) dijemput menyertai temasya kali ini untuk mempamerkan produk kreatif dan mempromosikan budaya tradisional.

Semasa acara itu berlangsung, reruai pameran CMG telah menerima kunjungan ramai pegawai kanan dari institusi media seperti ASBU, agensi berita rasmi Yaman, dan Jawatankuasa Berita dan Komunikasi Tunisia, yang menunjukkan minat terhadap pembincangan dan pertukaran budaya serta kerjasama sektor media China-Arab. 

Selain itu, gabungan institusi China termasuk Pejabat Penerangan Dewan Negara dan Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional juga menganjurkan satu reruai pameran bersama untuk mempromosikan karya audio-visual China yang cemerlang kepada warga media dan penonton Arab.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda