Liputan bersama “China Walk: Towards Modernization Xizang Tour” Buka Tirai

Liputan bersama “China Walk: Towards Modernization Xizang Tour” anjuran Kumpulan Media China, Jabatan Publisiti Wilayah Xizang, Stesen Televisyen Xizang dan Kumpulan China Railway Xizang dilancarkan pada 27 Jun. 

Seramai 20 warga media arus perdana dan pempengaruh dalam internet dari sebahagian negara jiran seperti India, Nepal, Bangladesh, Kemboja serta Mongolia, akan mengembara ke pelbagai tempat di Xizang termasuk Lhasa, Shigatse, Nyingchi dan Ngari pada dua minggu akan datang. 

 Tujuan mereka adalah untuk  merekodkan perubahan pembangunan Xizang dalam tempoh 60 tahun lalu melalui penghasilan siri program melibatkan pelbagai jadual yang paling dimahukan seperti  “cita rasa di dataran tinggi untuk dihayati”, “kelompok rakyat tempatan untuk dijemput melakukan dialog”, dan “premis moden untuk dikunjungi”. 

Naib Ketua Editor Ekskutif CGTN, An Xiaoyu menyuarakan harapan bahawa aktiviti liputan bersama tersebut boleh dijadikan satu platform komunikasi dan kerjasama untuk kalangan media bersama-sama menyaksikan perubahan dan pembangunan Xizang, bertukar-tukar pandangan mengenai jalan yang ditempuh dalam memperjuangkan matlamat pemodenan dan berkongsi visi dan misi tentang pembinaan kedamaian, keamanan, kemakmuran, keindahan dan persahabatan.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda